Tuesday 4 June 2013

Jenama Tujuh Keturunan.

“Jenama Pasak Minda”-Misi memposisi jenama ke dalam minda separa sedar bakal penggemar jenama atau pelanggan.

Dalam memasakkan jenama (brand) ke dalam minda separa sedar bakal pelanggan melalui pengiklanan impresi pertama (first impression), lazimnya logo, slogan dan warna tema jenama yang saya ringkaskan kepada “3 alatan”, akan di tangkap masuk dan di posisikan  terlebih dahulu  ke dalam minda sedar oleh bakal penggemar jenama sebelum memasuki fasa minda separa sedar mereka.



Kenapa perlu ada “3 alatan” terlebih dahulu? Adalah mustahil pemilik atau pemasar jenama boleh tahu sasaran bakal penggemar jenama mereka dengan hanya menggunakan salah satu daripada alat samada logo (visual) sahaja atau slogan (perkataan) sahaja atau warna tema sahaja (hampir semua orang suka yang ini). Jadi, untuk menangkap minda sedar bakal penggemar jenama mereka dengan berkesan, pemilik jenama wajib terus menggunakan “3 alatan” dalam mengiklankan jenama mereka sebelum memasakkan jenama di dalam minda separa sedar sasaran mereka.
Ini kerana manusia terdiri dari tiga jenis yang utama iaitu :
1. Gemar gambar tak suka perkataan.
2. Gemar perkataan tak suka gambar.
3. Gemar kedua-dua perkataan dan gambar.
(Kebanyakan manusia mudah menerima dan menggemari alat ketiga iaitu warna tema kerana ia telahpun menjadi sebahagian daripada hidup kita)


Sekali lagi, untuk menguasai berbagai jenis atau menjangkau setiap ceruk mana pun bakal penggemar jenama pada pandangan pertama, pemilik jenama  wajib terus menggunakan 3 alatan tersebut.

Jika ada yang tidak suka ketiga-tiganya, dia adalah orang jenis yang keempat iaitu yang gemar 3 alatan dalam audio-visual-pergerakan. Maka pemilik jenama wajib memasukkan 3 alatan tersebut di dalam samada radio sahaja (perkataan) atau video sahaja (bunyi atau muzik, logo, perkataan dan pergerakan) untuk memberi impak maksima mencapai misi fasa pertama memasakkan jenama mereka di dalam minda sedar sasaran. Video adalah senjata paling menyeluruh menggabungkan seluruh peralatan dalam satu media.


Langkah  dan fasa seterusnya menggunakan 3 alatan dan selepas memasukkannya dalam audio-visual-pergerakan dalam pengiklanan yang di gunakan berulang-kali. Di tambah dengan foto dan perkataan tajuk, sub-tajuk yang persuasif, sentap dan memukau dengan Call-to-Action  yang betul. Ini akan “menyentuh” dan “menampar” minda separa sedar bakal penggemar jenama lalu mereka akan terbelai hingga terkulai layu dan terarah menukar tindakan mereka terus menjadi penggemar tegar jenama kita buat kali pertama.


Jika jenama anda benar-benar menyelesaikan atau memudahkan masalah mereka buat kali pertama dan mereka sentiasa gembira dengan jenama untuk kali yang seterusnya dek sentuhan semulajadi yang konsisten dengan kerap, maka bersedialah menerima mereka sebagai sebahagian daripada hidup jenama anda selama 7 keturunan!


"Positioning" dalam Penjenamaan.
Selepas menyedari pentingnya penjenamaan, ramai usahawan berusaha jenamakan produk/servis masing-masing tapi blur-blur buat logo cantik-cantik dan tagline yang menyentap tapi tak nak ambil tahu bahawa penjenamaan bukan setakat pada logo dan tagline.

Ada satu ayat magik yang penting dalam branding atau penjenamaan iaitu POSITIONING atau melayunya memposisikan. Nak posisi apa? Nak posisi di mana? Ini yang ramai usahawan tak perasan. Baca betul-betul mesej saya seterusnya ini yang bakal ubah persepsi anda terhadap penjenamaan kalau nak guna strategi branding dan pastikan bisnes anda tak lingkup sebab salah faham. Ada yang tak guna strategi ini pun buat berkoyan-koyan duit. Itu lain cerita. Ini cerita siapa yang nak guna strategi branding ya :)

Saya akan terangkan kenapa wujudnya " Positioning" kemudian. Paling penting sekali yang saya nak beritahu dahulu apa itu Brand Positioning atau Memposisikan Jenama?

Positioning bermula dengan produk. Produk yang saya maksudkan adalah "seketul" barang ataupun servis. Positioning bukan apa yang kita lakukan pada produk tapi pada MINDA bakal penggemar jenama atau pelanggan kita. Positioning adalah apa yang kita nak pacakkan dalam kepala hotak bakal penggemar jenama.

Secara mudahnya BRAND POSITIONING ADALAH APA YANG KITA POSISIKAN PRODUK KITA DALAM MINDA BAKAL PENGGEMAR JENAMA KITA kita sebelum kita menyelesaikan masalah atau menambah nilai mereka.

Contoh :
Bihun Sufi (Yang pernah saya makan kerana positioningnya)
(Milik Tuan Shawal Ceo Sufi Brand syarikat ELHAM-Q (MALAYSIA) SDN BHD) ):

-Positioning secara umum jenama dalam minda pelanggan : Bihun keluaran muslim pertama di Asia.
-Positioning secara spesifik : Bihun yang lembut dalam air sejuk dalam 10-15 minit sahaja dan tahan lama selepas masak atau tak cepat basi.



Kesan positioning dan results:

Selepas saya mencuba apa yang telah di posisikan oleh jenama Sufi memang benar dan point ini membuatkan saya terus menggemari jenama Sufi. Nah gajah(target market) dah suka. Bila gajah dah suka dia akan cuba "buat" sarang atau "port" pada jenama Sufi. Ingat Bihun ingat Bihun Sufi. Bila Tuan Shawal lancarkan produk lain jenama Sufi di bawah jenama Sufimart,  secara automatik ingatan terus kembali kepada apa yang di posisikan pada Bihun Sufi sebelum ini. Jualan Bihun Sufi tahun lepas capai RM5.3 juta kesan dari positioning awal produk ini. Syukur Alhamdulillah..

Selepas kerja-kerja positioning selesai, ada satu lagi kerja yang perlu dilakukan iaitu mendengar bisik hati pelanggan yang telah mendapat dan menggunakan produk atau servis kita. Bisik hati inilah yang menjadi titik tolak berapa lama jenama kita bertahan setelah di posisikan. Mendengarnya tidak cukup. Dengar, berinovasi dan tambah baik nilai jenama kita dari masa ke masa. InsyaAllah ia bakal bertahan selama lebih tujuh keturunan.

*Jenama7Keturunan merupakan simbolik kepada jenama yang menambah nilai manusia, memanfaatkan makhluk hidup yang lain dan bumi ini hingga berkurun lamanya demi mendapat redha Allah yang abadi.


#SaudagarMaruku

Sunday 2 June 2013

Peraturan 3-3 Jenama

Kebanyakan pemilik bisnes akan menamakan produk atau servis mereka dengan nama yang unik atau nama yang sering di gunakan dalam kehidupan. 


Banyak lagi perkara yang wajib di ambil berat dalam strategi penjenamaan selain nama dan logo berdasarkan pengalaman saya selama 13 tahun terlibat dalam penjenamaan secara langsung dan tidak langsung syarikat gergasi seperti SONY, Samsung, Intel, SIRIM, UKM dan beberapa jenama tempatan yang sedang meningkat naik dengan mendadaknya selepas di lancarkan dengan sentuhan peraturan ini. 


Oleh kerana penjenamaan adalah sesuatu yang semulajadi dan jika kita laksanakan peraturan ini secara semulajadi hasilnya yang luar biasa di peroleh berbanding berjenama secara membuta-tuli.


Peraturan 3-3 Jenama

[*Peraturan di sini bermaksud peraturan yang buat untuk memudah aturkan perlaksanaan sesuatu sistem]

Peraturan 3 Pertama

1. Nama Jenama

2. Logo dan warna tema Jenama

3. Slogan/Tagline Jenama


Peraturan 3 Kedua
1. Nilai tambah atau manfaat 
(Value Proposition) Jenama yang ingin di utarakan

2. Visi Jenama

3. Misi Jenama


Peraturan 3 Ketiga
1. Model Bisnes Jenama

2. Perancangan Kewangan Jenama

3. Perancangan Pemasaran Jenama

*
3 HASIL Penjenamaan dari Peraturan 3-3 Jenama

Hasil 1: 
Hati Penggemar Jenama.
Jenama yang mempunyai 3 ciri penting di hati penggemar jenama kita:

1. Lega bila jenama tersebut dapat
selesaikan dan memudahkan mereka.

2.
Gembira bila kita tak putus-putus menjawab kemusykilan dan memberi banyak ilmu serta servis berkaitan kepada mereka.

3. Mereka akan berkongsi dengan orang yang mereka sayang
(word of mouth) kerana jenama tersebut jadi sebahagian dari hidup mereka.



Hasil 2: Hati Penggemar Jenama Baru.
1. Penggemar baru paling rapat dengan penggemar lama (word of mouth).

2. Penggemar baru yang baru tahu sendiri.

3. Penggemar baru yang ingin berbisnes dengan jenama anda


Hasil 3: Penggerak Jenama.
Penggerak jenama terdiri dari pencipta jenama, team bisnes jenama dan juga Pencipta kedua-duanya

1. Hati pencipta jenama

2. Hati team bisnes jenama

3. Pencipta yang cipta pencipta dan team.


Selamat mencipta dan membangunkan jenama teratur dan letupkan bisnes dengan izinNya.

#Branding #RosmiZamzuri

Saturday 1 June 2013

Jenama Terbaik


Jenama peribadi terbaik adalah Rasulullah SAW.
Jenama diri terbaik adalah "menjenamakan" diri terhadap Allah SWT terlebih dahulu sebelum dengan makhlukNya.

*Penjenamaan (branding) adalah memposisikan nilai sesuatu terhadap target minda yang ingin di beritahu tentang kebaikan, keindahan, ketulusan hati dan terutamanya kebolehselesaimasalahan dan kemampuan menggembirakan pemilik minda tersebut sehingga mereka ingin memilikinya. - tulus dari rosmizamzuri.com

Jenama Membelai Hingga Terkulai Layu!


Memang benar logo dan tagline sangat penting menggambarkan jenama produk/servis kita di mata orang ramai. Tahu kenapa bila sebut jenama orang mesti ingat LOGO dan SLOGANnya (tagline). Sebenarnya logo dan slogan sangat penting sebagai impresi pertama(first impression) kepada orang ramai. Benda yang manusia mudah ingat adalah gambar dan perkataan yang memukau (kata sifu copywriting saya Tuan Aqiff Azizan).

Sebab itu  logo dan tagline kena simple, clean (bersih atau tak serabut) dan mudah ingat. Bila mudah ingat, ianya mudah untuk masuk ke dalam minda separa sedar kita (sub-concious mind) dan akan membuatkan keputusan memiliki tanpa fikir panjang. Inilah di katakan "Jenama Pasak Otak" atau jenama yang terpasak kukuh dalam minda/fikiran orang ramai. Contohnya ingat ubat gigi, ingat colgate. Sebenarnya banyak perkara yang perlu di lakukan untuk capai tahap begini. Tahap fikir sekejap sahaja untuk pilih jenama.

Perkara lebih penting dari logo dan slogan adalai NILAI EMOSI yang orang akan ingat hingga mereka jadikan jenama kita sebahagian dalam hidup mereka. Hingga komuniti jadikan jenama sebagai panggilan kepada barang keperluan (contoh sekali lagi orang panggil Colgate untuk ubat gigi. Juga panggil Pampers untuk lampin pakai buang).

Perkara yang lebih penting dari LOGO, SLOGAN dan NILAI EMOSI yang akan membuatkan jenama kita bertahan lama dalam hidup orang ramai adalah bagaimana kita menJAGA HATI penggemar jenama kita, Macammana nak jaga? Mudah sahaja, belailah emosi mereka dengan menyelesaikan masalah mereka dan menggembirakan mereka dengan jenama produk/servis kita di samping berINOVASI dengan kreatifnya mengikut peredaran masa.


Segalanya adalah syok sendiri-sendiri dan SIA-SIA bila logo, slogan dan nilai tambah dan mengancam tapi tidak membuat PEMASARAN/MARKETING yang "kaw-kaw". Ibarat anak dara yang sepatutnya perlu dan layak berkahwin, cantik dan bersiap lawa-lawa tapi tak siapa tahu dan nampak sekalipun.



Jika orang dah suka jenama kita, gembirakanlah mereka dan belailah mereka hingga terkulai layu dengan jenama kita dengan kreatif. Belaian yang membantu tambah nilai bukan belaian lain ya ;)P

Selamat berjenama. Kita akan bercerita tentang jenama dan warna dalam post akan datang :)

rosmizamzuri.com

Dua Sengsara Manusia.



Kita semua mesti akan alami salah satu dari dua sengsara. 
Sengsara Berdisiplin atau Sengsara Menyesal.

Bezanya BERDISIPLIN berat sengsaranya beberapa gram sahaja. 
MENYESAL berat sengsaranya bertan-tan!

Yang mana satu anda pilih?
rosmizamzuri.com