Monday 15 July 2013

Pakar dan Brand

Kunci kejayaan sesuatu jenama produk/servis adalah sedalam mana kefahaman pemilik jenama tentang masalah sebenar orang ramai dan bagaimana mereka menyelesaikannya dengan produk/servis yang mereka tawarkan.

Bermaksud masalah yang di hadapi oleh orang ramai yang telah di kritikalkan, di canangkan pula supaya mereka nampak jelas apa sebenarnya kekusutan mereka sendiri dan langkah seterusnya adalah meleraikan kekusutan tersebut dengan memberi jalan penyelesaian yang tepat.



Jalan penyelesaian inilah kepakaran khusus kita yang kita jadikan titik pertukaran masalah-penyelesaian di antara orang yang bernama pelanggan yang menghadapi bermasalah dan kita sebagai penyelesainya. Hubungan masalah-penyelesaian ini di sambung kemas dengan transaksi samada dengan wang atau balasan lain atau hubungan tanpa balasan dunia tetapi pelaburan bekalan ke tempat yang abadi.

Dalam kebanyakkannya bisnes menyelesaikan masalah yang timbul bukanlah bidang kepakaran si penyelesai yang sebenarnya tetapi dia nampak jelas jalan penyelesaiannya, mendalaminya dengan menggali lebih ilmu hinggalah ia menjadi kepakaran yang rasmi setelah dia menyelesaikan masalah ramai orang. Malah dia menjadi rujukan banyak pihak.

Lebih 'kronik' lagi dia di gilai dan di cop sebagai ikon dalam bidang tersebut hingga ramai yang dambakan sentuhannya dalam menyelesaikan masalah berkaitan malah masalah yang tak berkaitan pun! Inilah namanya masalah di tukar kepada peluang.


Jenama/brand hanyalah alatan/tool untuk orang ramai INGAT masalah yang telah kita selesaikan dan nilai tambah yang kita berikan. Paling baik ia menjadi sebahagian dari hidup mereka setelah kita menyelesaikan masalah mereka.




Lebih baik lagi nilai tambah yang kita beri menjadi sebahagian daripada hidup generasi mereka yang seterusnya. Bukan sahaja generasi pertama mereka, malah ia kekal di gunakan hingga bergenerasi

Untuk memudahkan orang ramai ingat nilai tambah tersebut, kita memerlukan sekurang-kurangnya nama. Lebih baik lagi nama tersebut di sampaikan dalam bentuk logo/gambar yang kreatif.

Lebih mantap lagi ia di sertakan dengan slogan/tagline yang sentuh emosi minda separa sedar dengan TEPAT yang mampu buat mereka terus LEKAT dengan produk tersebut yang mereka ingat sebagai jenama/brand.

Seterusnya jadikan pemasaran/marketing yang konsisten dengan frekuensi yang tinggi sebagai fokus utama dalam menaikkan jenama produk/servis kita supaya ia lebih nampak dan di kenali ramai di pasaran.


Kunci sebenar bisnes bukanlah jenama yang di cipta dan pemasaran semata-mata tetapi bagaimana kita menyelesaikan masalah yang orang ramai  hadapi atau nilai tambah yang di beri yang memudahkan hidup mereka, seterusnya mereka gembira dan selesa dengan sentuhan respon kita terhadap ketidaktahuan mereka terhadap jenama kita. Nah! Mereka telah di gam atau di jahit ke jenama kita seperti kata penulis tersohor Tuan Aqif Azizan.

 

rosmizamzuri.com
#jenama7keturunan