Monday 26 August 2013

Rezeki Kita. Dia yang Beri.


"Jika kita ada duit itu bukan rezeki kita selagi kita tak menikmatinya"



Duit kita. Kita guna untuk belanja harian adalah rezeki.
Duit orang. Kita dapat untuk belanja harian juga adalah rezeki.


Duit kita. Kita beri pada orang lain yang memerlukan untuk belanja harian mereka juga rezeki. Rezeki memberi.
Duit orang. Kita bantu uruskannya untuk di beri pada yang memerlukan juga adalah rezeki. Rezeki menjadi jambatan rezeki.


Duit kita. Hilang atau di curi orang. Juga rezeki. Rezeki di uji. BUKAN rezeki kita jika kita marah-marah dan sumpah seranah kerana di uji. Kita tak menikmati hikmah ujian tersebut.
Duit orang. Kita terjumpa. Rezeki jika sedeqahkan pada yang memerlukan. Bukan rezeki jika kita salah gunakannya.


Itu duit. Bahagia, tenang, gembira, sihat, berpasangan, di kurniakan zuriat, makan, oksigen yang di sedut setiap saat selama kita hidup, berkerjaya, berharta, kaya, berjaya, di berkati dan berjuta, berbilion dan tak terhitung lagi nikmatNya yang di kurniakan olehNya adalah rezeki dariNya.

Yang selalu terlepas pandang dek mata kasar, terbuta dek hati. Dia yang beri bukan makhlukNya mahupun dunia dan seisinya.

Begitu juga sebaliknya yang kita gelar ujian. Tak bahagia, runsing, sedih, sakit, masih membujang dan sebagainya juga rezeki jika kita benar-benar menikmati hikmahNya. Jika tidak ketika itu, Dia akan tunjukkan kemudiannya.

Jika kita dustakan dan tidak dapat menikmati hikmah yang di beri olehNya maka ia bukanlah rezeki kita.



Allah SWT Maha Memberi rezeki. Cara kita besyukur dan bertindakbalas terhadap pemberianNya yang menentukan ia rezeki kita atau sebaliknya.

Rezeki kita Dia yang beri. Syukur sedikit Dia tambah lagi. Tak bersyukur Dia beri azab.
Pilihan di tangan kita.
Syukur Alhamdulillah..

#rosmizamzuri
#ilhamNya