Tuesday 29 October 2013

R&D, Maruku dan Jemaah

Sedar tak sedar dah lebih 20 tahun dalam bisnes Maruku. 20 tahun berkuli untuk belajar dan baru beberapa bulan memasarkannya sendiri.

Saya juga pernah bekerja dengan syarikat multinasional Jepun dalam bahagian kajian dan pembangunan (R&D) selama 7 tahun. R&D orang Jepun memang gila! Mereka guna berbilion USD fokus R&D mengikut kehendak pelanggan. Saya membuat kajian produk semiconductor berasaskan kimia di Malaysia dan juga di Jepun ketika itu.

Skill R&D saya gunakan dalam bisnes Maruku. Saya jual Maruku secara customize bermaksud pelanggan boleh beli berapa berat dan berapa harga mengikut kesukaan mereka. Itulah trademark Maruku Taiping dengan tagline "Boleh Rasa, Boleh Campur".
Kami akan wujudkan Mini Franchais Maruku Taiping tak lama lagi untuk channel pasar tani dan pasar malam.

*
Apa kaitan R&D, Maruku dan Jemaah?

Selama lebih 3 bulan fokus dalam bisnes Maruku atau secara umumnya industri makanan, saya buat sedikit kajian tentang Maruku berkaitan ketahanannya terdedah kepada persekitaran. Kajian berapa lama boleh bertahan di luar bekas dan tidak "masuk angin" atau "lemau" kata orang Malaysia. Ini kerana persekitaran di Malaysia adalah panas dan lembab (dalam 30 ke 40% kelembapan air berbanding Jepun 10 ke 15% sahaja kelembapan)

Kajian
Saya buat dua jenis sampel untuk di biarkan terdedah tanpa tutup selama 3 jam dan seterusnya 5 jam seperti berikut :
1. Sample yang banyak atau "berjemaah" dalam 1kg
2. Sample satu atau "berseorangan".



Hasil
SubhanAllah! Menakjubkan!
1. Sample berjemaah tidak lemau selepas 3 jam. Ia hanya beberapa yang lemau itu pun belum tahap lemau separuh selepas 5 jam.
2. Sample berseorangan telah lemau selepas 3 jam dan lemau seluruhnya selepas 5 jam.

*
Hikmah (dari mata dan hati yang terhad ini. Hanya Allah yang Maha Mengetahui)
Segala makhluk jika ada dalam berjemaah mereka lebih kuat bukan setakat manusia malah segala-galanya di sekeliling kita!






Dalam kes R&D Maruku, jika setiap Maruku berada dalam jemaah, setiapnya saling membekalkan kekeringan melawan kelembapan supaya kekal kering dan akhirnya tidak lemau. Manakala Maruku berseorangan terkontang-kanting di serang kelembapan luar tanpa bantuan sesiapa akhirnya kelembapan menguasainya hingga lemau seluruhnya atau kata lain terus mati.



Rasanya ramai yang faham apa akan jadi jika berbisnes berseorangan kan? Guru bisnes saya bagi hanya satu jawapan. Bisnes itu cepat mati!

Saya tak perlu berbicara panjang tentang itu. Apa yang Allah ilhamkan seterusnya ialah makhluk lain yang manusia cipta dengan izinNya. Ia adalah makhluk Allah jua. Cuba bayangkan jika benang-benang baju kita tidak berjemaah? Kereta kita? Kerusi yang kita duduk? Pinggan dan mangkuk yang kita guna hari-hari? Paip air yang kita guna untuk mandi? Air juga? Smartphone yang kita guna kononnya canggih amat. Jika tak "berjemaah" apa akan jadi? Kenapa tak berjemaah dalam segala sesuatu seperti yang Islam tekankan setiap hari? Peringatan untuk diri sendiri juga.

The Power of Jemaah dari Maruku. Segalanya dengan izinNya.


*gambar basikal tunggangan saya semasa tinggal di Jepun. Kalau basikal ini tak "berjemaah" tak bolehlah saya ronda-ronda ;)

Syukur Alhamdulillah dengan nikmatMu yang tak terhingga

#SaudagarMaruku