Thursday 27 October 2016

NAK GELAR JAWATAN APA?

Apabila kita bina syarikat kita mesti buat struktur organisasi pelaksana utama syarikat. Mereka merupakan leader setiap bahagian bisnes.
.

Di bawah mereka pula ada pelaksana terus yang dilantik sendiri oleh pelaksana utama. Seelok-eloknya letak pelaksana utama sahaja.

Tak perlu letak semua dalam carta organisasi. Semak pula nanti. Letak untuk makluman dalaman syarikat bolehlah. Letak pelaksana utama sahaja untuk dibentangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah dan Pelabur.
.

Ini struktur pelaksana syarikat. Tidak termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.
.

Kita sering berjumpa pemilik syarikat bergelar Chief Executive Officer atau CEO. Ada yang guna gelaran jawatan Managing Director atau MD ada yang guna gelaran jawatan President.
.

Nama gelaran jawatan tersebut berbeza mengikut gaya sesebuah negara. Ada yang guna gaya orang Amerika, orang English atau orang Jepun.
.

Orang Malaysia kebanyakan menggunakan gaya orang Amerika. Gelaran Chief Executif Officer atau CEO itu datang dari gaya orang Amerika.
.

Saya memulakan kerjaya dengan syarikat Jepun. Struktur Organisasi gaya orang Jepun begini:

========================
Teratas: Managing Director (MD)

Kedua teratas: Deputy Managing Director (Deputy)

Ketiga: General Manager (GM)

Di bawah GM:
+ Deputy General Manager
+ Financial Manager
+ Human Resource Manager
+ Marketing Manager
+ Sales Manager
========================
.

Bagaimana pula struktur organisasi pelaksana utama syarikat gaya orang Amerika dan orang English?
.

Apabila memulakan syarikat sendiri (Brandpose Group) kami menggunakan struktur organisasi gaya terbaru orang Amerika :
============================
Teratas : Chief Executive Officer (CEO)

Di bawah CEO:
+ Chief Financial Officer (CFO)
+ Chief Operation Officer (COO)
+ Chief Production Officer (CPO)
+ Chief Marketing Officer (CMO)
+ Chief Sales Officer (CSO)
============================

Secara officialnya struktur pelaksana utama orang Amerika begini:

============================
Teratas : President
Di bawah  President digelar VIP:

+ Vise President of Finance
+ Vise President of Human Resource
+ Vise President of Production
+ Vise President of Marketing
+ Vise President of Sales
============================
.

Orang English sama seperti orang Jepun.
.

Saya gunakan bahasa Inggeris jawatan-jawatan tersebut kerana ia sudah seperti jadi bahasa biasa dikalangan ushawan. Dalam bahasa Melayu carilah sendiri.
.

Silakan share supaya rakan-rakan kita mudah menstruktur organisasi syarikat mereka dan supaya yang baru mula bisnes tak letak gelaran jawatan sebarangan sahaja.

#RosmiZamzuri
#CompanyBrand

Wednesday 19 October 2016

Tuesday 18 October 2016

Tagline

Tagline atau slogan bantu suluh terang persepsi brand.

#Brandpose

Tahap Tinggi Personal Brand

Supaya tahap personal brand kita terus meningkat dari masa ke masa, sentiasa buat 4 perkara ini:

1. Baca buku
2. Berguru
3. Bergesel bahu (networking)
4. Berkongsi ilmu

Setelah personal brand kita meningkat naik, brand yang lainnya termasuk brand produk dan syarikat turut meningkat naik.

Begitulah adanya.

#Brandpose

Brand Sebahagian Hidup

Brand terbaik itu tidak menjadi sebahagian hidup semua orang.

Ia menjadi sebahagian hidup sasaran spesifik brand kita.

#Brandpose

Mula Branding

Mulakan branding dengan positioning.

Positioning itu apa yang kita mahu kita letak dalam fikiran dan hati sasaran spesifik brand kita. Bukan apa yang mahu diletak pada produk atau logonya.

Positioning itulah yang terpacul keluar dahulu dari mulut orang, apabila dia mula bercerita kepada orang lain tentang manfaat brand kita.

#Brandpose

Brand Pelanggan

Brand yang bagus tidak menceritakan betapa bagusnya brand mereka. Mereka hanya bercerita apa yang pelanggan mahu dengar.

#Brandpose

Logo

Logo itu 'objek' visual yang membantu sasaran brand membayangkan manfaat brand melalui marketing.

#Brandpose

Manfaat Brand

Bukanlah berapa cantik logo dan gempaknya tagline brand kita.

Ia berkenaan berapa besar tindakan kita menyebarkan manfaat brand itu.

#Brandpose

Monday 17 October 2016

INILAH BRANDING YANG BETUL

Branding itu positioning. Positioning itu  apa yang kita lakukan kepada hati dan fikiran sasaran spesifik kita.

BUKAN kepada:
1. Produk
2. Servis
3. Logo
4. Semua orang
5. Perbandingan brand lain

Bukan dan bukan!

Mudahnya positioning itu bagaimana kita letakkan apa yang sasaran kita dapat elok-elok dalam hati dan fikiran mereka.

Positioning ini tidak boleh dibuat kelam kabut. Buat langkah-langkah ini:

1. Design-kan posotioning brand kita dengan betul
+ Apakah manfaat yang mahu diletakkan dalam hati dan fikiran mereka.

Contoh,
Produk KFC
+Ayam Goreng

Positioning KFC
+ Resepi Istimewa (yang sasaran  berselera mahu makan
+ Segera.

Bukan Positioning KFC
-Kandungan resipi itu
-Ayam goreng itu rangup
-Ayam goreng itu sedap
-Ayam Goreng bersama nasi ayam
-Ayam goreng kari
-Ayam goreng cicah cheese berbawang
-Ada cheesy wedges
-Ada set bucket
-Ada minuman sedap
-Ada percuma barang KFC atau barang co-brand lain
.

2. Rancang masa positioning brand kita dengan tepat
+ Brand yang baik tahu bilakah masa sasarannya mahu dan suka manfaat mereka.

Contoh
+ KFC akan beritahu positioningnya ketika orang lapar. Waktunya iklan tv-nya pada awal malam untuk sasarannya plan makan tengahari keesokkan harinya.

+ Waktu iklan 'Sponsored' fb-nya antara pukul 10 pagi hingga 1petang untuk makan tengahari dan Pukul 4 petang hingga 7 malam untuk makan malam.

+ Iklan billboardnya menonjolkan apa yang sasarannya berselera untuk makan sahaja. Satu sahaja cover untuk makan tengahari dan malam

3. Beritahu satu per satu maklumat tambahan untuk kerja-kerja positioning brand kita itu.

Contoh
KFC akan memberitahu satu per satu apakah makanan yang berkaitan positioning mereka.
+ Ayam resipi istimewa mereka rangup 

----> orang makan berterabur rempah yang digorengnya itu.

+ Ayam resipi istimewa mereka masuk dengan selera sasaran mereka 

-----> resipi di adun dengan cili (hot and spicy), kari dan juga beh cicah dengan sos dan juga cheese berbawang.

+ Servis mereka segera
----> makan tengahari dengan rakan sekerja waktu makan pun sempat.
----> balik kerja boleh singgah sekejap bungkus bawa balik untuk makan malam dengan kekuarga

Semua kerja-kerja positioning itu di 'ringkaskan' kepada logo KFC (berhuruf besar warna merah putih itu) dan tagline-nya 'sooo good! itu ditambah pula dengan maskotnya- muka orang tua itu.
.

Sila share untuk manfaat Usahawan lain.
.

#Brandpose

Wednesday 5 October 2016

BRAND ADVOCATES

Sasaran kerja-kerja marketing adalah memanggil prospek.

Sasaran kerja-kerja jualan pula adalah menukarkan prospek kepada pelanggan.

Apa pula selepas brand kita menjadi milik pelanggan?
Kita mahu pelanggan menjadi 'brand advocates'.

Apa itu 'brand advocates'?

Brand advovates itu bermaksud pelanggan dengan suka dan rela hatinya bercakap-cakap tentang manfaat brand kita kepada khalayak umum. Semada di alam maya atau alam nyata.

Mereka menyebarkan perkara-perkara baik berkenaan brand kita kepada orang lain secara marketing buah mulut (word-of-mouth marketing).

Apakah pula kunci pelanggan bertukar menjadi 'brand advocates'?
(Bersambung)
.

#Brandpose

Saturday 16 July 2016

5 PERKARA KRITIKAL KITA MAIN ATAU MAIN-MAIN FACEBOOK

Terdetik di hati mahu share serba sedikit tentang PROFILE PERIBADI Facebook setelah sekian lama ber-Facebook dan mengenali ramai orang melaluinya.

PROFILE PERIBADI hanyalah ibarat 'objek' sosial di internet bagi kebanyakan orang kerana ramai orang 'main' Facebook.

Lihat dari mata burung. Ia lebih kepada PENGENALAN DIRI kita. Apakah maksudnya itu? Lebih terkehadapan lagi, apa yang kita mahu posisikan kepada penduduk-penduduk di negara Facebook ini. Self positioning kata orang putih.

Cuba buka wall kita dan lihat sekali imbas seperti kita mahu ‘periksa’ orang yang kita mahu tahu melalui satu-satunya sumber yang kita ada. Ia menggambarkan siapa kita. Ia menceritakan samada kita ‘main’ Facebook atau ‘main-main’ di Facebook.

Ia sebenarnya ibarat resume atau CV kita. Ia juga menggambarkan perangai kita yang sebenar jika kita benar-benar serius mahu orang kenal kita dengan baik di Facebook.

*
5 Perkara berikut yang biasanya 'diperiksa' oleh orang yang mahu tahu SIAPA KITA menggunakan ‘makhluk’ yang bernama Facebook itui dalam 5 hingga 10 saat pertama:

1. NAMA DAN GAMBAR PROFIL
(paling penting)
+ guna nama betul (hanya yang serius akan guna nama yang betul)
+ guna gambar diri kita
+ gambar seperti kita berdepan dengan orang
+ gambar yang jelas, dekat dan manis dipandang mata
+ latarbelakang yang menonjolkan diri kita. Warna putih paling mudah.
+ gambar yang tidak serabut dengan latar belakang

2. GAMBAR COVER
(dibelakang gambar profil kita)
+ pengenalan ringkas siapa kita dalam gambar yang lebih besar
+ gambar yang kelihatan luas dan enak dipandang mata
+ tidak serabut dengan segala mak nenek iklan

3. HURAIAN RINGKAS SIAPA KITA
(baru- sebelah kanan jika telefon pintar dan kiri jika dengan komputer meja)
+ Apa yang kita mahu orang tahu siapa kita
+ Ringkas, mudah difahami dan guna ayat yang mengujakan

4. SIAPAKAH KAWAN FB KITA?
+ Pilih-pilih dan tapis-tapislah siapa kawan kita
+ Unfriend sahaja sesiapa yang menggunakan Facebook tempat melampiaskan perkara negatif. Block terus jika rasa semak sangat.

5. TIGA POST TERATAS
(kita bersama-sama jumlah LIKE-nya sekali).
+ Ia menggambarkan apa yang kita fikir
+ Butang LIKE, COMMENT dan SHARE itu alat komunikasinya. Jika sepi maka gambarannya ibarat syok sendiri. Sekurang-kurangnya LIKE yang meriah.
+ Satu hashtag sudah mencukupi. Tak ada lebih bagus. Tidak semak.

*
5 perkara ini ibarat ‘elevetor pitch’ kepada yang mahu tahu siapa kita ini.
Jika 5 perkara ini mantap, mereka akan terus melekat lebih dari saat pertama itu untuk menggerodek siapakah kita ini?

Jika siapa kita ini kelihatan lapang dan luas di Facebook maka luaslah juga peluang besar datang bertandang.

Silakan share jika ia bermanfaat.

#MainFb

Friday 15 July 2016

STAIL PELANGGAN

Usah dipandang rendah kepada PELANGGAN yang kurang membaca. Mereka mungkin suka terima maklumat cara berkesan yang lain.

Ada 4 jenis stail pelanggan. terima maklumat berkesan cara:

1. Visual ---> belajar melalui grafik, ilustrasi, gambar dan demonstrasi
+ kongsikan gambar, video
+ buat demonstrasi langsung atau melalui video.

2. Auditori ---> belajar melalui mendengar syarahan dan perbincangan.
+ kongsikan juga video bersuara jelas atau rakaman suara
+ buat seminar

3. Baca & Tulis ---> belajar melalui membaca dan menulis.
+ kongsikan dalam tulisan buku atau ebook
+ kongsikan dalam media sosial
+ kongsikan dalam blog

4. Kinestatik ---> belajar melalui aktiviti fizikal seperti tugasan, permainan dan perperiksaan.
+ aktifkan mereka dengan permainan atau pertandingan.
+ buat aktiviti yang mereka suka sertai.

Pelbagaikan aktiviti pemasaran dan perkongsian. Usah hadkannya.

.

Namun, membaca itu asas penting untuk mula menjamah ilmu. Ilmu jadi mahal jika di amalkan. Jadi premium jika dikongsi-sebarkan.

#Pelanggan

Friday 20 May 2016

MAHU MULA BISNES APA?

Soalan yang betul bukan bisnes apa tapi apa yang orang mahu atau perlu. Namun jika mahu memulakan bisnes soalan pertama yang terpacul di dalam fikiran kita berapa modal nak mulakan bisnes?

Gunakan sahaja 3 modal-modal ini:

1. Modal Tubuh Badan Sendiri- Ilmu  dan Kemahiran yang Ada, Beri Servis
Sebaik-baiknya mulakan dengan bermodalkan diri sendiri. Kurang risikonya. Terutama risiko terbakar modal.

Bermaksud 'jual' ilmu kita tahu dan kemahiran yang kita miliki. Contohnya;

+ Jika mahir dalam pengurusan kewangan, kita bantu orang yang tidak mahir dalam bidang itu.

+ Jika kita mahir dalam sekecil-kecil dalam Microsoft Office Excell atau Powerpoint.

+ Kita mahir buat roti sedap, buat kelas membuat roti dirumah.

Pokok pangkalnya yang penting kita selesaikan 'kesakitan' orang dengan ilmu kemahiran kita terlebih dahulu barulah difikirkan elemen bayarannya.

Sebelum memulakan bisnes dengan modal ini, bina dahulu reputasi diri. Posisikan dahulu siapa kita di mata dan fikiran orang, terutama sasaran kita.

Dahulu kala kena keluar berjumpa dan memperkenalkan diri dan posisikan siapa kita. Sekarang dengan kuasa media sosial kerja-kerja 'positioning' diri jadi lebih mudah.
.

2. Modal Jaringan atau Sosial, Bantu Rekomen
Selepas modal tubuh badan ini sudah di posisikan, buat networking dengan segera. Keluarlah berjumpa orang-orang bisnes walaupun berlainan bisnes.

Banyak manfaatnya berjumpa dan berkenalan dengan ramai orang bisnes ini kerana kita juga ada ramai kenalan yang mungkin dapat membantu orang lain. Bawa modal ini berjumpalah dengan orang-orang bisnes yang betul bukan bisnes scam. Belajar mengenali orang yang memang jujur berbisnes.

Jika kita dapat hubungkan kenalan kita yang berbisnes dan kita benar-benar kenal kepada usahawan lain yang memerlukan servisnya, buat perjanjian bertulis supaya kita dapat komisen dari usaha itu.
.

3. Modal Wang Kecil, Jual Produk Laris
Jika ada sedikit modal wang dalam RM500 ke RM2,000,  jual produk orang yang laris dipasaran. Diketahui ramai orang. Jualan cepat. Modal mudah dapat semula. Untungnya cepat diraih. Ini dipanggil bisnes yang kitaran cepat.

Cara ini membantu kita mendapatkan keyakinan diri terlebih dahulu sebelum menceburkan diri dalam bisnes yang lebih advanced yakni buat produk atau beri servis sendiri.

Jika mahu bikin produk sendiri modal wangnya, modal permulaannya berpuluh malah beratus kali ganda dari itu.

Nah sekarang modalnya sudah ada. Mulakan sahaja!

#RosmiZamzuri

Sunday 15 May 2016

KEBEBASAN KEWANGAN

Ramai orang mahu kebebasan menggunakan wang. Tak mahu pening kepala banyak hutang. Financial Freedom kata Robert Kiyosaki.

Jika boleh mahu beli apa-apa barangan tanpa fikir tinggi rendah harganya. Tak peduli ada diskaun atau tidak.

Ramai orang juga mahu buat perubahan kewangan. Perubahan ke arah yang lebih baik.

Buku Cashflow Quadrant oleh Robert T.  Kiyosaki ini bagus untuk di jadikan panduan untuk yang mahukan Financial Freedom dan mahu ubah taraf kewangan hidup menggunakan aliran kewangan 4 kuadran yang dinamakan Kuadran EBSI.

Ramai yang sudah tahu apa itu 4 Kuadran Robert Kiyosaki ini. Yang ini salah satu dari bagaimana saya melihat 4 kuadran EBSI itu.

Saya lihat kuadran ini sebagai jenis-jenis 'kuli' EBSI.

Apa itu EBSI?
E- Employee
B- Big Business
S- Small Business
I- Investor

Yang ini bagaimana yang saya maksudkan 'kuli' itu:

1. Employee (Pekerja)
---> BERKULI dengan orang.

.
2. Small Business Owner (Pemilik Bisnes Kecil)
(juga disebut Self Employed atau Solo)
---> Mengkulikan DIRI SENDIRI.

.
3. Big Business Owner (Pemilik Bisnes Besar)
---> Mengkulikan ORANG PALING BIJAK.
---> Supaya orang paling bijak itu boleh 'mengkulikan' SISTEM YANG BAIK.
---> 'Mengkulikan' DIRI BERNETWORKING.

.
4. Investor (Pelabur)
---> 'MENGKULIKAN' WANG

.

#RajaKudapan 4 Quadrant

Tuesday 26 April 2016

Nilai Bermanfaat Jenama Facebook?

Apakah Nilai Bermanfaat Jenama Facebook?

[Facebook (FB) membantu orang sentiasa berhubung dengan
+ rakan taulan
+ keluarga
+ perniagaan
+ dan detik-detik penting dalam hidup.]
.

Tiada kenyataan "membantu semua orang" dalam sasaran pelanggannya. Facebook hanya membantu orang yang mahu sentiasa berhubung sahaja.

Maksudnya tak semua orang online dan main Facebook. Mereka jelas ada orang yang 'bermain' media sosial yang lain seperti Twitter, Snapchat, Pinterest, Linked in dan sebagainya.

Ada juga yang hanya main-main di Facebook yang juga menjadi penyumbang kepada besarnya jumlah penghuni negara FB. Nombor penting dalam persepsi bisnes kerana akhirnya nombor menjadi pengukur mutlak yang diterjemahkan kepada nombor keuntungan kelak.

Media sosial milik Facebook yang lain yang menjadi penyumbang terbesar kepada Facebook termasuk Instagram yang dibeli pada tahun 2012 dengan harga USD1 billion  dan Whatsapp yang dibeli pada tahun 2014 dengan harga USD19 billion demi value-nya itu.

Kedua-dua aplikasi itu juga menjurus kepada value yang mahu diberikan oleh FB. Jelas dan terang benderang. Tidak sedikit pun kabur.

FB dan aplikasi-aplikasinya itu secara emosinya 'berbisa' kepada sasaran pelanggannya sehingga:

+ Rakan taulan berhubung semula setelah berkurun lama dan terus berhubung.

+ Keluarga menjadi lebih erat dan ada tempat 'berhimpun' di alam maya seperti di alqm nyata supaya yang sentiasa berhubung.

+ Perniagaan bertambah baik dengan adanya platform untuk tim sentiasa berhubung. Tempat untuk membuat 'pitching' kepada pelabur dan juga partner berpotensi.

+ Detik-detik indah yang penting dikongsikan yang menjadi inspirasi kepada ramai orang yang juga menjadi teladan kepada orang yang mahu sentiasa berhubung.

Nampakkah apa value-nya itu. Bagaimana pula dengan value bisnes kita. Apakah ia mampu menyentuh emosi para pelanggan kita?

#RajaKudapan
#JenamaBaruMula

*Gambar kredit kepada fortune.com

[Rosmi Zamzuri merupakan seorang Usahawan, Strategis Jenama Baru Mula, Penulis, Trainer. Ulat Buku, Suami Romantik, Bapa Bervisi Jauh kepada 3 Orang Cahayamata. Ikuti rosmi di fb.com/rosmiz dan telegram.me/rosmizamzuri]

Saturday 23 April 2016

7 Perkara Ini Usahawan Mesti Elak di Media Sosial

1. Merungut tentang bisnes sendiri mahupun bisnes orang lain.
+ Media sosial tempat Usahawan mengumpul pengikut positif bukan tempat melampiaskan marah dan menjadi bilik ratapan sayu hati tak beerti.
.
2. 'Menyerang' post orang lain secara terbuka walaupun kita dipihak yang benar.
+ Usahawan yang baik banyak berdiam diri walaupun dipihak yang benar.
+ Jika mahu menghentikannya pun dengan cara berhemah tanpa melukakan sesiapa.
+ Diam itu 'suara' paling kuat yang penuh hikmah. Bersuara hanya dengan peluru-peluru tepat dan padu. Jimat perkataan.
.
3. Mem-viral-kan post tidak menyenangkan yang tidak tahu hujung pangkal mahupun yang sudah tahu.
+ Usahawan sentiasa berusaha membantu melindunglah aib orang. Jadi tukang henti bukan batu api.
+ Perkara yang tidak baik jika di abaikan tak akan viral.
.
4. Mengangkat diri tak henti-henti.
+ Media sosial bukan tempat meraih populariti. Ia tempat memberi, memberi dan memberi.
+ Usahawan tidak mengangkat diri namun sentiasa merendah diri dan di angkat oleh orang lain oleh manfaat yang diberikannya.
+ Usahawan 'bercakap' dengan hasil bukan mengangkat diri dengan menjerit seperti orang babil.
.
5. Mengabaikan orang yang benar-benar mahu belajar.
+ Usahawan yang bijak sentiasa respon dengan pantas dengan komen-komen post yang membina.
+ Jika tidak mahu respon elok hentikan bermedia sosial. Nokhtah.
.
6. Menjual tak henti-henti.
+ Usahawan yang baik berusaha keras menjadikan media sosial tempat memberi manfaat kepada orang ramai bukannya menjual setiap masa.
+ Belajarlah teknik "menjual tanpa menjual". Apakah itu? Jawapannya ada dalam ilmu Pemasaran Berizin (Permission Marketing) dan Pemasaran Bermanfaat (Content Marketing).
+ Biar kemaruk mengaplikasikan ilmu yang betul dari kemaruk menjual tak tentu hala. Nanti orang lari lintang pukang!
.
7. Menerima dan like  'segala macam' friend request dan page.
+ Usahawan tidak terus mengatakan YA dengan semberono. Periksa dahulu. Belajar mengatakan TIDAK 
+ Semua yang melekat di media sosial menentukan persepsi orang kepada kita. Hubaya hubayalah.  

#RajaKudapan

Friday 22 April 2016

MARKETING BISIK-BISIK

Produk yang bagus mestilah disertai dengan marketing dengan strategi dan taktik-nya yang betul. Kena pula masa, tempat dan jelas terang benderang target market-nya.

Jika semua ini jelas, bisik-bisik pun sudah memadai dan membuatkan orang gila bayang akan kebagusan produk atau servis kita. Ibarat cinta yang mula berputik, dengan hanya berbisik bergelora seluruh jiwa dan raga.

Tambahan pula, zaman sekarang ini zaman telefon pintar yang di adun pula dengan media sosial, makin perlahanlah bisikan itu tetapi kuat viral-nya hingga ke segenap pelusuk. Senyap-senyap meresap masuk ke dalam hati sasarannya (viral).

Menjerit setiap masa mengatakan produk bagus itu membuatkan orang lari lintang pukang mahupun produk itu bagus tahap petala langit ke tujuh sekalipun!

Dalami dan buatlah pemasaran berizin (permission marketing) dan pemasaran bermanfaat (content marketing). InsyaAllah tak cakap apa-apapun orang yang akan menjerit mahukan produk atau servis kita.

#RajaKudapan

Thursday 21 April 2016

2 JENIS USAHAWAN PALSU

1. Pemilik bisnes buat segala mak nenek kerja dalam bisnenya itu.
+'Technicians' syarikat kata Michael Gerber dalam bukunya “The E-Myth” yang bermaksud dia menghabiskan semua masanya terkurung dalam bisnesnya itu.

- Sebaliknya usahawan memberi peluang kepada orang lain buat kerja yang tak sepatutnya dia buat. Dia bebas membesarkan bisnes 'dari luar' bisnesnya itu.
.

2. Freelancer
+ Pemilik bisnes yang percaya bahawa keusahawanan itu membisneskan kerja yang dicintai. Menghabis seluruh masanya membuat bisnes dengan passion-nya itu.Mahu tangkap leleh sorang-sorang kerana tak suka bekerja dengan boss.

- Sebaliknya usahawan tidak memperdagangkan seluruh masanya untuk buat duit.

#RajaKudapan