Tuesday 26 April 2016

Nilai Bermanfaat Jenama Facebook?

Apakah Nilai Bermanfaat Jenama Facebook?

[Facebook (FB) membantu orang sentiasa berhubung dengan
+ rakan taulan
+ keluarga
+ perniagaan
+ dan detik-detik penting dalam hidup.]
.

Tiada kenyataan "membantu semua orang" dalam sasaran pelanggannya. Facebook hanya membantu orang yang mahu sentiasa berhubung sahaja.

Maksudnya tak semua orang online dan main Facebook. Mereka jelas ada orang yang 'bermain' media sosial yang lain seperti Twitter, Snapchat, Pinterest, Linked in dan sebagainya.

Ada juga yang hanya main-main di Facebook yang juga menjadi penyumbang kepada besarnya jumlah penghuni negara FB. Nombor penting dalam persepsi bisnes kerana akhirnya nombor menjadi pengukur mutlak yang diterjemahkan kepada nombor keuntungan kelak.

Media sosial milik Facebook yang lain yang menjadi penyumbang terbesar kepada Facebook termasuk Instagram yang dibeli pada tahun 2012 dengan harga USD1 billion  dan Whatsapp yang dibeli pada tahun 2014 dengan harga USD19 billion demi value-nya itu.

Kedua-dua aplikasi itu juga menjurus kepada value yang mahu diberikan oleh FB. Jelas dan terang benderang. Tidak sedikit pun kabur.

FB dan aplikasi-aplikasinya itu secara emosinya 'berbisa' kepada sasaran pelanggannya sehingga:

+ Rakan taulan berhubung semula setelah berkurun lama dan terus berhubung.

+ Keluarga menjadi lebih erat dan ada tempat 'berhimpun' di alam maya seperti di alqm nyata supaya yang sentiasa berhubung.

+ Perniagaan bertambah baik dengan adanya platform untuk tim sentiasa berhubung. Tempat untuk membuat 'pitching' kepada pelabur dan juga partner berpotensi.

+ Detik-detik indah yang penting dikongsikan yang menjadi inspirasi kepada ramai orang yang juga menjadi teladan kepada orang yang mahu sentiasa berhubung.

Nampakkah apa value-nya itu. Bagaimana pula dengan value bisnes kita. Apakah ia mampu menyentuh emosi para pelanggan kita?

#RajaKudapan
#JenamaBaruMula

*Gambar kredit kepada fortune.com

[Rosmi Zamzuri merupakan seorang Usahawan, Strategis Jenama Baru Mula, Penulis, Trainer. Ulat Buku, Suami Romantik, Bapa Bervisi Jauh kepada 3 Orang Cahayamata. Ikuti rosmi di fb.com/rosmiz dan telegram.me/rosmizamzuri]

Saturday 23 April 2016

7 Perkara Ini Usahawan Mesti Elak di Media Sosial

1. Merungut tentang bisnes sendiri mahupun bisnes orang lain.
+ Media sosial tempat Usahawan mengumpul pengikut positif bukan tempat melampiaskan marah dan menjadi bilik ratapan sayu hati tak beerti.
.
2. 'Menyerang' post orang lain secara terbuka walaupun kita dipihak yang benar.
+ Usahawan yang baik banyak berdiam diri walaupun dipihak yang benar.
+ Jika mahu menghentikannya pun dengan cara berhemah tanpa melukakan sesiapa.
+ Diam itu 'suara' paling kuat yang penuh hikmah. Bersuara hanya dengan peluru-peluru tepat dan padu. Jimat perkataan.
.
3. Mem-viral-kan post tidak menyenangkan yang tidak tahu hujung pangkal mahupun yang sudah tahu.
+ Usahawan sentiasa berusaha membantu melindunglah aib orang. Jadi tukang henti bukan batu api.
+ Perkara yang tidak baik jika di abaikan tak akan viral.
.
4. Mengangkat diri tak henti-henti.
+ Media sosial bukan tempat meraih populariti. Ia tempat memberi, memberi dan memberi.
+ Usahawan tidak mengangkat diri namun sentiasa merendah diri dan di angkat oleh orang lain oleh manfaat yang diberikannya.
+ Usahawan 'bercakap' dengan hasil bukan mengangkat diri dengan menjerit seperti orang babil.
.
5. Mengabaikan orang yang benar-benar mahu belajar.
+ Usahawan yang bijak sentiasa respon dengan pantas dengan komen-komen post yang membina.
+ Jika tidak mahu respon elok hentikan bermedia sosial. Nokhtah.
.
6. Menjual tak henti-henti.
+ Usahawan yang baik berusaha keras menjadikan media sosial tempat memberi manfaat kepada orang ramai bukannya menjual setiap masa.
+ Belajarlah teknik "menjual tanpa menjual". Apakah itu? Jawapannya ada dalam ilmu Pemasaran Berizin (Permission Marketing) dan Pemasaran Bermanfaat (Content Marketing).
+ Biar kemaruk mengaplikasikan ilmu yang betul dari kemaruk menjual tak tentu hala. Nanti orang lari lintang pukang!
.
7. Menerima dan like  'segala macam' friend request dan page.
+ Usahawan tidak terus mengatakan YA dengan semberono. Periksa dahulu. Belajar mengatakan TIDAK 
+ Semua yang melekat di media sosial menentukan persepsi orang kepada kita. Hubaya hubayalah.  

#RajaKudapan

Friday 22 April 2016

MARKETING BISIK-BISIK

Produk yang bagus mestilah disertai dengan marketing dengan strategi dan taktik-nya yang betul. Kena pula masa, tempat dan jelas terang benderang target market-nya.

Jika semua ini jelas, bisik-bisik pun sudah memadai dan membuatkan orang gila bayang akan kebagusan produk atau servis kita. Ibarat cinta yang mula berputik, dengan hanya berbisik bergelora seluruh jiwa dan raga.

Tambahan pula, zaman sekarang ini zaman telefon pintar yang di adun pula dengan media sosial, makin perlahanlah bisikan itu tetapi kuat viral-nya hingga ke segenap pelusuk. Senyap-senyap meresap masuk ke dalam hati sasarannya (viral).

Menjerit setiap masa mengatakan produk bagus itu membuatkan orang lari lintang pukang mahupun produk itu bagus tahap petala langit ke tujuh sekalipun!

Dalami dan buatlah pemasaran berizin (permission marketing) dan pemasaran bermanfaat (content marketing). InsyaAllah tak cakap apa-apapun orang yang akan menjerit mahukan produk atau servis kita.

#RajaKudapan

Thursday 21 April 2016

2 JENIS USAHAWAN PALSU

1. Pemilik bisnes buat segala mak nenek kerja dalam bisnenya itu.
+'Technicians' syarikat kata Michael Gerber dalam bukunya “The E-Myth” yang bermaksud dia menghabiskan semua masanya terkurung dalam bisnesnya itu.

- Sebaliknya usahawan memberi peluang kepada orang lain buat kerja yang tak sepatutnya dia buat. Dia bebas membesarkan bisnes 'dari luar' bisnesnya itu.
.

2. Freelancer
+ Pemilik bisnes yang percaya bahawa keusahawanan itu membisneskan kerja yang dicintai. Menghabis seluruh masanya membuat bisnes dengan passion-nya itu.Mahu tangkap leleh sorang-sorang kerana tak suka bekerja dengan boss.

- Sebaliknya usahawan tidak memperdagangkan seluruh masanya untuk buat duit.

#RajaKudapan