Friday 20 May 2016

MAHU MULA BISNES APA?

Soalan yang betul bukan bisnes apa tapi apa yang orang mahu atau perlu. Namun jika mahu memulakan bisnes soalan pertama yang terpacul di dalam fikiran kita berapa modal nak mulakan bisnes?

Gunakan sahaja 3 modal-modal ini:

1. Modal Tubuh Badan Sendiri- Ilmu  dan Kemahiran yang Ada, Beri Servis
Sebaik-baiknya mulakan dengan bermodalkan diri sendiri. Kurang risikonya. Terutama risiko terbakar modal.

Bermaksud 'jual' ilmu kita tahu dan kemahiran yang kita miliki. Contohnya;

+ Jika mahir dalam pengurusan kewangan, kita bantu orang yang tidak mahir dalam bidang itu.

+ Jika kita mahir dalam sekecil-kecil dalam Microsoft Office Excell atau Powerpoint.

+ Kita mahir buat roti sedap, buat kelas membuat roti dirumah.

Pokok pangkalnya yang penting kita selesaikan 'kesakitan' orang dengan ilmu kemahiran kita terlebih dahulu barulah difikirkan elemen bayarannya.

Sebelum memulakan bisnes dengan modal ini, bina dahulu reputasi diri. Posisikan dahulu siapa kita di mata dan fikiran orang, terutama sasaran kita.

Dahulu kala kena keluar berjumpa dan memperkenalkan diri dan posisikan siapa kita. Sekarang dengan kuasa media sosial kerja-kerja 'positioning' diri jadi lebih mudah.
.

2. Modal Jaringan atau Sosial, Bantu Rekomen
Selepas modal tubuh badan ini sudah di posisikan, buat networking dengan segera. Keluarlah berjumpa orang-orang bisnes walaupun berlainan bisnes.

Banyak manfaatnya berjumpa dan berkenalan dengan ramai orang bisnes ini kerana kita juga ada ramai kenalan yang mungkin dapat membantu orang lain. Bawa modal ini berjumpalah dengan orang-orang bisnes yang betul bukan bisnes scam. Belajar mengenali orang yang memang jujur berbisnes.

Jika kita dapat hubungkan kenalan kita yang berbisnes dan kita benar-benar kenal kepada usahawan lain yang memerlukan servisnya, buat perjanjian bertulis supaya kita dapat komisen dari usaha itu.
.

3. Modal Wang Kecil, Jual Produk Laris
Jika ada sedikit modal wang dalam RM500 ke RM2,000,  jual produk orang yang laris dipasaran. Diketahui ramai orang. Jualan cepat. Modal mudah dapat semula. Untungnya cepat diraih. Ini dipanggil bisnes yang kitaran cepat.

Cara ini membantu kita mendapatkan keyakinan diri terlebih dahulu sebelum menceburkan diri dalam bisnes yang lebih advanced yakni buat produk atau beri servis sendiri.

Jika mahu bikin produk sendiri modal wangnya, modal permulaannya berpuluh malah beratus kali ganda dari itu.

Nah sekarang modalnya sudah ada. Mulakan sahaja!

#RosmiZamzuri

Sunday 15 May 2016

KEBEBASAN KEWANGAN

Ramai orang mahu kebebasan menggunakan wang. Tak mahu pening kepala banyak hutang. Financial Freedom kata Robert Kiyosaki.

Jika boleh mahu beli apa-apa barangan tanpa fikir tinggi rendah harganya. Tak peduli ada diskaun atau tidak.

Ramai orang juga mahu buat perubahan kewangan. Perubahan ke arah yang lebih baik.

Buku Cashflow Quadrant oleh Robert T.  Kiyosaki ini bagus untuk di jadikan panduan untuk yang mahukan Financial Freedom dan mahu ubah taraf kewangan hidup menggunakan aliran kewangan 4 kuadran yang dinamakan Kuadran EBSI.

Ramai yang sudah tahu apa itu 4 Kuadran Robert Kiyosaki ini. Yang ini salah satu dari bagaimana saya melihat 4 kuadran EBSI itu.

Saya lihat kuadran ini sebagai jenis-jenis 'kuli' EBSI.

Apa itu EBSI?
E- Employee
B- Big Business
S- Small Business
I- Investor

Yang ini bagaimana yang saya maksudkan 'kuli' itu:

1. Employee (Pekerja)
---> BERKULI dengan orang.

.
2. Small Business Owner (Pemilik Bisnes Kecil)
(juga disebut Self Employed atau Solo)
---> Mengkulikan DIRI SENDIRI.

.
3. Big Business Owner (Pemilik Bisnes Besar)
---> Mengkulikan ORANG PALING BIJAK.
---> Supaya orang paling bijak itu boleh 'mengkulikan' SISTEM YANG BAIK.
---> 'Mengkulikan' DIRI BERNETWORKING.

.
4. Investor (Pelabur)
---> 'MENGKULIKAN' WANG

.

#RajaKudapan 4 Quadrant