Showing posts with label Branding. Show all posts
Showing posts with label Branding. Show all posts

Wednesday, 19 October 2016

Tuesday, 18 October 2016

Tagline

Tagline atau slogan bantu suluh terang persepsi brand.

#Brandpose

Tahap Tinggi Personal Brand

Supaya tahap personal brand kita terus meningkat dari masa ke masa, sentiasa buat 4 perkara ini:

1. Baca buku
2. Berguru
3. Bergesel bahu (networking)
4. Berkongsi ilmu

Setelah personal brand kita meningkat naik, brand yang lainnya termasuk brand produk dan syarikat turut meningkat naik.

Begitulah adanya.

#Brandpose

Brand Sebahagian Hidup

Brand terbaik itu tidak menjadi sebahagian hidup semua orang.

Ia menjadi sebahagian hidup sasaran spesifik brand kita.

#Brandpose

Mula Branding

Mulakan branding dengan positioning.

Positioning itu apa yang kita mahu kita letak dalam fikiran dan hati sasaran spesifik brand kita. Bukan apa yang mahu diletak pada produk atau logonya.

Positioning itulah yang terpacul keluar dahulu dari mulut orang, apabila dia mula bercerita kepada orang lain tentang manfaat brand kita.

#Brandpose

Brand Pelanggan

Brand yang bagus tidak menceritakan betapa bagusnya brand mereka. Mereka hanya bercerita apa yang pelanggan mahu dengar.

#Brandpose

Manfaat Brand

Bukanlah berapa cantik logo dan gempaknya tagline brand kita.

Ia berkenaan berapa besar tindakan kita menyebarkan manfaat brand itu.

#Brandpose

Monday, 17 October 2016

INILAH BRANDING YANG BETUL

Branding itu positioning. Positioning itu  apa yang kita lakukan kepada hati dan fikiran sasaran spesifik kita.

BUKAN kepada:
1. Produk
2. Servis
3. Logo
4. Semua orang
5. Perbandingan brand lain

Bukan dan bukan!

Mudahnya positioning itu bagaimana kita letakkan apa yang sasaran kita dapat elok-elok dalam hati dan fikiran mereka.

Positioning ini tidak boleh dibuat kelam kabut. Buat langkah-langkah ini:

1. Design-kan posotioning brand kita dengan betul
+ Apakah manfaat yang mahu diletakkan dalam hati dan fikiran mereka.

Contoh,
Produk KFC
+Ayam Goreng

Positioning KFC
+ Resepi Istimewa (yang sasaran  berselera mahu makan
+ Segera.

Bukan Positioning KFC
-Kandungan resipi itu
-Ayam goreng itu rangup
-Ayam goreng itu sedap
-Ayam Goreng bersama nasi ayam
-Ayam goreng kari
-Ayam goreng cicah cheese berbawang
-Ada cheesy wedges
-Ada set bucket
-Ada minuman sedap
-Ada percuma barang KFC atau barang co-brand lain
.

2. Rancang masa positioning brand kita dengan tepat
+ Brand yang baik tahu bilakah masa sasarannya mahu dan suka manfaat mereka.

Contoh
+ KFC akan beritahu positioningnya ketika orang lapar. Waktunya iklan tv-nya pada awal malam untuk sasarannya plan makan tengahari keesokkan harinya.

+ Waktu iklan 'Sponsored' fb-nya antara pukul 10 pagi hingga 1petang untuk makan tengahari dan Pukul 4 petang hingga 7 malam untuk makan malam.

+ Iklan billboardnya menonjolkan apa yang sasarannya berselera untuk makan sahaja. Satu sahaja cover untuk makan tengahari dan malam

3. Beritahu satu per satu maklumat tambahan untuk kerja-kerja positioning brand kita itu.

Contoh
KFC akan memberitahu satu per satu apakah makanan yang berkaitan positioning mereka.
+ Ayam resipi istimewa mereka rangup 

----> orang makan berterabur rempah yang digorengnya itu.

+ Ayam resipi istimewa mereka masuk dengan selera sasaran mereka 

-----> resipi di adun dengan cili (hot and spicy), kari dan juga beh cicah dengan sos dan juga cheese berbawang.

+ Servis mereka segera
----> makan tengahari dengan rakan sekerja waktu makan pun sempat.
----> balik kerja boleh singgah sekejap bungkus bawa balik untuk makan malam dengan kekuarga

Semua kerja-kerja positioning itu di 'ringkaskan' kepada logo KFC (berhuruf besar warna merah putih itu) dan tagline-nya 'sooo good! itu ditambah pula dengan maskotnya- muka orang tua itu.
.

Sila share untuk manfaat Usahawan lain.
.

#Brandpose

Wednesday, 5 October 2016

BRAND ADVOCATES

Sasaran kerja-kerja marketing adalah memanggil prospek.

Sasaran kerja-kerja jualan pula adalah menukarkan prospek kepada pelanggan.

Apa pula selepas brand kita menjadi milik pelanggan?
Kita mahu pelanggan menjadi 'brand advocates'.

Apa itu 'brand advocates'?

Brand advovates itu bermaksud pelanggan dengan suka dan rela hatinya bercakap-cakap tentang manfaat brand kita kepada khalayak umum. Semada di alam maya atau alam nyata.

Mereka menyebarkan perkara-perkara baik berkenaan brand kita kepada orang lain secara marketing buah mulut (word-of-mouth marketing).

Apakah pula kunci pelanggan bertukar menjadi 'brand advocates'?
(Bersambung)
.

#Brandpose

Tuesday, 26 April 2016

Nilai Bermanfaat Jenama Facebook?

Apakah Nilai Bermanfaat Jenama Facebook?

[Facebook (FB) membantu orang sentiasa berhubung dengan
+ rakan taulan
+ keluarga
+ perniagaan
+ dan detik-detik penting dalam hidup.]
.

Tiada kenyataan "membantu semua orang" dalam sasaran pelanggannya. Facebook hanya membantu orang yang mahu sentiasa berhubung sahaja.

Maksudnya tak semua orang online dan main Facebook. Mereka jelas ada orang yang 'bermain' media sosial yang lain seperti Twitter, Snapchat, Pinterest, Linked in dan sebagainya.

Ada juga yang hanya main-main di Facebook yang juga menjadi penyumbang kepada besarnya jumlah penghuni negara FB. Nombor penting dalam persepsi bisnes kerana akhirnya nombor menjadi pengukur mutlak yang diterjemahkan kepada nombor keuntungan kelak.

Media sosial milik Facebook yang lain yang menjadi penyumbang terbesar kepada Facebook termasuk Instagram yang dibeli pada tahun 2012 dengan harga USD1 billion  dan Whatsapp yang dibeli pada tahun 2014 dengan harga USD19 billion demi value-nya itu.

Kedua-dua aplikasi itu juga menjurus kepada value yang mahu diberikan oleh FB. Jelas dan terang benderang. Tidak sedikit pun kabur.

FB dan aplikasi-aplikasinya itu secara emosinya 'berbisa' kepada sasaran pelanggannya sehingga:

+ Rakan taulan berhubung semula setelah berkurun lama dan terus berhubung.

+ Keluarga menjadi lebih erat dan ada tempat 'berhimpun' di alam maya seperti di alqm nyata supaya yang sentiasa berhubung.

+ Perniagaan bertambah baik dengan adanya platform untuk tim sentiasa berhubung. Tempat untuk membuat 'pitching' kepada pelabur dan juga partner berpotensi.

+ Detik-detik indah yang penting dikongsikan yang menjadi inspirasi kepada ramai orang yang juga menjadi teladan kepada orang yang mahu sentiasa berhubung.

Nampakkah apa value-nya itu. Bagaimana pula dengan value bisnes kita. Apakah ia mampu menyentuh emosi para pelanggan kita?

#RajaKudapan
#JenamaBaruMula

*Gambar kredit kepada fortune.com

[Rosmi Zamzuri merupakan seorang Usahawan, Strategis Jenama Baru Mula, Penulis, Trainer. Ulat Buku, Suami Romantik, Bapa Bervisi Jauh kepada 3 Orang Cahayamata. Ikuti rosmi di fb.com/rosmiz dan telegram.me/rosmizamzuri]

Monday, 15 July 2013

Pakar dan Brand

Kunci kejayaan sesuatu jenama produk/servis adalah sedalam mana kefahaman pemilik jenama tentang masalah sebenar orang ramai dan bagaimana mereka menyelesaikannya dengan produk/servis yang mereka tawarkan.

Bermaksud masalah yang di hadapi oleh orang ramai yang telah di kritikalkan, di canangkan pula supaya mereka nampak jelas apa sebenarnya kekusutan mereka sendiri dan langkah seterusnya adalah meleraikan kekusutan tersebut dengan memberi jalan penyelesaian yang tepat.



Jalan penyelesaian inilah kepakaran khusus kita yang kita jadikan titik pertukaran masalah-penyelesaian di antara orang yang bernama pelanggan yang menghadapi bermasalah dan kita sebagai penyelesainya. Hubungan masalah-penyelesaian ini di sambung kemas dengan transaksi samada dengan wang atau balasan lain atau hubungan tanpa balasan dunia tetapi pelaburan bekalan ke tempat yang abadi.

Dalam kebanyakkannya bisnes menyelesaikan masalah yang timbul bukanlah bidang kepakaran si penyelesai yang sebenarnya tetapi dia nampak jelas jalan penyelesaiannya, mendalaminya dengan menggali lebih ilmu hinggalah ia menjadi kepakaran yang rasmi setelah dia menyelesaikan masalah ramai orang. Malah dia menjadi rujukan banyak pihak.

Lebih 'kronik' lagi dia di gilai dan di cop sebagai ikon dalam bidang tersebut hingga ramai yang dambakan sentuhannya dalam menyelesaikan masalah berkaitan malah masalah yang tak berkaitan pun! Inilah namanya masalah di tukar kepada peluang.


Jenama/brand hanyalah alatan/tool untuk orang ramai INGAT masalah yang telah kita selesaikan dan nilai tambah yang kita berikan. Paling baik ia menjadi sebahagian dari hidup mereka setelah kita menyelesaikan masalah mereka.




Lebih baik lagi nilai tambah yang kita beri menjadi sebahagian daripada hidup generasi mereka yang seterusnya. Bukan sahaja generasi pertama mereka, malah ia kekal di gunakan hingga bergenerasi

Untuk memudahkan orang ramai ingat nilai tambah tersebut, kita memerlukan sekurang-kurangnya nama. Lebih baik lagi nama tersebut di sampaikan dalam bentuk logo/gambar yang kreatif.

Lebih mantap lagi ia di sertakan dengan slogan/tagline yang sentuh emosi minda separa sedar dengan TEPAT yang mampu buat mereka terus LEKAT dengan produk tersebut yang mereka ingat sebagai jenama/brand.

Seterusnya jadikan pemasaran/marketing yang konsisten dengan frekuensi yang tinggi sebagai fokus utama dalam menaikkan jenama produk/servis kita supaya ia lebih nampak dan di kenali ramai di pasaran.


Kunci sebenar bisnes bukanlah jenama yang di cipta dan pemasaran semata-mata tetapi bagaimana kita menyelesaikan masalah yang orang ramai  hadapi atau nilai tambah yang di beri yang memudahkan hidup mereka, seterusnya mereka gembira dan selesa dengan sentuhan respon kita terhadap ketidaktahuan mereka terhadap jenama kita. Nah! Mereka telah di gam atau di jahit ke jenama kita seperti kata penulis tersohor Tuan Aqif Azizan.

 

rosmizamzuri.com
#jenama7keturunan

Tuesday, 4 June 2013

Jenama Tujuh Keturunan.

“Jenama Pasak Minda”-Misi memposisi jenama ke dalam minda separa sedar bakal penggemar jenama atau pelanggan.

Dalam memasakkan jenama (brand) ke dalam minda separa sedar bakal pelanggan melalui pengiklanan impresi pertama (first impression), lazimnya logo, slogan dan warna tema jenama yang saya ringkaskan kepada “3 alatan”, akan di tangkap masuk dan di posisikan  terlebih dahulu  ke dalam minda sedar oleh bakal penggemar jenama sebelum memasuki fasa minda separa sedar mereka.



Kenapa perlu ada “3 alatan” terlebih dahulu? Adalah mustahil pemilik atau pemasar jenama boleh tahu sasaran bakal penggemar jenama mereka dengan hanya menggunakan salah satu daripada alat samada logo (visual) sahaja atau slogan (perkataan) sahaja atau warna tema sahaja (hampir semua orang suka yang ini). Jadi, untuk menangkap minda sedar bakal penggemar jenama mereka dengan berkesan, pemilik jenama wajib terus menggunakan “3 alatan” dalam mengiklankan jenama mereka sebelum memasakkan jenama di dalam minda separa sedar sasaran mereka.
Ini kerana manusia terdiri dari tiga jenis yang utama iaitu :
1. Gemar gambar tak suka perkataan.
2. Gemar perkataan tak suka gambar.
3. Gemar kedua-dua perkataan dan gambar.
(Kebanyakan manusia mudah menerima dan menggemari alat ketiga iaitu warna tema kerana ia telahpun menjadi sebahagian daripada hidup kita)


Sekali lagi, untuk menguasai berbagai jenis atau menjangkau setiap ceruk mana pun bakal penggemar jenama pada pandangan pertama, pemilik jenama  wajib terus menggunakan 3 alatan tersebut.

Jika ada yang tidak suka ketiga-tiganya, dia adalah orang jenis yang keempat iaitu yang gemar 3 alatan dalam audio-visual-pergerakan. Maka pemilik jenama wajib memasukkan 3 alatan tersebut di dalam samada radio sahaja (perkataan) atau video sahaja (bunyi atau muzik, logo, perkataan dan pergerakan) untuk memberi impak maksima mencapai misi fasa pertama memasakkan jenama mereka di dalam minda sedar sasaran. Video adalah senjata paling menyeluruh menggabungkan seluruh peralatan dalam satu media.


Langkah  dan fasa seterusnya menggunakan 3 alatan dan selepas memasukkannya dalam audio-visual-pergerakan dalam pengiklanan yang di gunakan berulang-kali. Di tambah dengan foto dan perkataan tajuk, sub-tajuk yang persuasif, sentap dan memukau dengan Call-to-Action  yang betul. Ini akan “menyentuh” dan “menampar” minda separa sedar bakal penggemar jenama lalu mereka akan terbelai hingga terkulai layu dan terarah menukar tindakan mereka terus menjadi penggemar tegar jenama kita buat kali pertama.


Jika jenama anda benar-benar menyelesaikan atau memudahkan masalah mereka buat kali pertama dan mereka sentiasa gembira dengan jenama untuk kali yang seterusnya dek sentuhan semulajadi yang konsisten dengan kerap, maka bersedialah menerima mereka sebagai sebahagian daripada hidup jenama anda selama 7 keturunan!


"Positioning" dalam Penjenamaan.
Selepas menyedari pentingnya penjenamaan, ramai usahawan berusaha jenamakan produk/servis masing-masing tapi blur-blur buat logo cantik-cantik dan tagline yang menyentap tapi tak nak ambil tahu bahawa penjenamaan bukan setakat pada logo dan tagline.

Ada satu ayat magik yang penting dalam branding atau penjenamaan iaitu POSITIONING atau melayunya memposisikan. Nak posisi apa? Nak posisi di mana? Ini yang ramai usahawan tak perasan. Baca betul-betul mesej saya seterusnya ini yang bakal ubah persepsi anda terhadap penjenamaan kalau nak guna strategi branding dan pastikan bisnes anda tak lingkup sebab salah faham. Ada yang tak guna strategi ini pun buat berkoyan-koyan duit. Itu lain cerita. Ini cerita siapa yang nak guna strategi branding ya :)

Saya akan terangkan kenapa wujudnya " Positioning" kemudian. Paling penting sekali yang saya nak beritahu dahulu apa itu Brand Positioning atau Memposisikan Jenama?

Positioning bermula dengan produk. Produk yang saya maksudkan adalah "seketul" barang ataupun servis. Positioning bukan apa yang kita lakukan pada produk tapi pada MINDA bakal penggemar jenama atau pelanggan kita. Positioning adalah apa yang kita nak pacakkan dalam kepala hotak bakal penggemar jenama.

Secara mudahnya BRAND POSITIONING ADALAH APA YANG KITA POSISIKAN PRODUK KITA DALAM MINDA BAKAL PENGGEMAR JENAMA KITA kita sebelum kita menyelesaikan masalah atau menambah nilai mereka.

Contoh :
Bihun Sufi (Yang pernah saya makan kerana positioningnya)
(Milik Tuan Shawal Ceo Sufi Brand syarikat ELHAM-Q (MALAYSIA) SDN BHD) ):

-Positioning secara umum jenama dalam minda pelanggan : Bihun keluaran muslim pertama di Asia.
-Positioning secara spesifik : Bihun yang lembut dalam air sejuk dalam 10-15 minit sahaja dan tahan lama selepas masak atau tak cepat basi.



Kesan positioning dan results:

Selepas saya mencuba apa yang telah di posisikan oleh jenama Sufi memang benar dan point ini membuatkan saya terus menggemari jenama Sufi. Nah gajah(target market) dah suka. Bila gajah dah suka dia akan cuba "buat" sarang atau "port" pada jenama Sufi. Ingat Bihun ingat Bihun Sufi. Bila Tuan Shawal lancarkan produk lain jenama Sufi di bawah jenama Sufimart,  secara automatik ingatan terus kembali kepada apa yang di posisikan pada Bihun Sufi sebelum ini. Jualan Bihun Sufi tahun lepas capai RM5.3 juta kesan dari positioning awal produk ini. Syukur Alhamdulillah..

Selepas kerja-kerja positioning selesai, ada satu lagi kerja yang perlu dilakukan iaitu mendengar bisik hati pelanggan yang telah mendapat dan menggunakan produk atau servis kita. Bisik hati inilah yang menjadi titik tolak berapa lama jenama kita bertahan setelah di posisikan. Mendengarnya tidak cukup. Dengar, berinovasi dan tambah baik nilai jenama kita dari masa ke masa. InsyaAllah ia bakal bertahan selama lebih tujuh keturunan.

*Jenama7Keturunan merupakan simbolik kepada jenama yang menambah nilai manusia, memanfaatkan makhluk hidup yang lain dan bumi ini hingga berkurun lamanya demi mendapat redha Allah yang abadi.


#SaudagarMaruku

Sunday, 2 June 2013

Peraturan 3-3 Jenama

Kebanyakan pemilik bisnes akan menamakan produk atau servis mereka dengan nama yang unik atau nama yang sering di gunakan dalam kehidupan. 


Banyak lagi perkara yang wajib di ambil berat dalam strategi penjenamaan selain nama dan logo berdasarkan pengalaman saya selama 13 tahun terlibat dalam penjenamaan secara langsung dan tidak langsung syarikat gergasi seperti SONY, Samsung, Intel, SIRIM, UKM dan beberapa jenama tempatan yang sedang meningkat naik dengan mendadaknya selepas di lancarkan dengan sentuhan peraturan ini. 


Oleh kerana penjenamaan adalah sesuatu yang semulajadi dan jika kita laksanakan peraturan ini secara semulajadi hasilnya yang luar biasa di peroleh berbanding berjenama secara membuta-tuli.


Peraturan 3-3 Jenama

[*Peraturan di sini bermaksud peraturan yang buat untuk memudah aturkan perlaksanaan sesuatu sistem]

Peraturan 3 Pertama

1. Nama Jenama

2. Logo dan warna tema Jenama

3. Slogan/Tagline Jenama


Peraturan 3 Kedua
1. Nilai tambah atau manfaat 
(Value Proposition) Jenama yang ingin di utarakan

2. Visi Jenama

3. Misi Jenama


Peraturan 3 Ketiga
1. Model Bisnes Jenama

2. Perancangan Kewangan Jenama

3. Perancangan Pemasaran Jenama

*
3 HASIL Penjenamaan dari Peraturan 3-3 Jenama

Hasil 1: 
Hati Penggemar Jenama.
Jenama yang mempunyai 3 ciri penting di hati penggemar jenama kita:

1. Lega bila jenama tersebut dapat
selesaikan dan memudahkan mereka.

2.
Gembira bila kita tak putus-putus menjawab kemusykilan dan memberi banyak ilmu serta servis berkaitan kepada mereka.

3. Mereka akan berkongsi dengan orang yang mereka sayang
(word of mouth) kerana jenama tersebut jadi sebahagian dari hidup mereka.



Hasil 2: Hati Penggemar Jenama Baru.
1. Penggemar baru paling rapat dengan penggemar lama (word of mouth).

2. Penggemar baru yang baru tahu sendiri.

3. Penggemar baru yang ingin berbisnes dengan jenama anda


Hasil 3: Penggerak Jenama.
Penggerak jenama terdiri dari pencipta jenama, team bisnes jenama dan juga Pencipta kedua-duanya

1. Hati pencipta jenama

2. Hati team bisnes jenama

3. Pencipta yang cipta pencipta dan team.


Selamat mencipta dan membangunkan jenama teratur dan letupkan bisnes dengan izinNya.

#Branding #RosmiZamzuri

Saturday, 1 June 2013

Jenama Terbaik


Jenama peribadi terbaik adalah Rasulullah SAW.
Jenama diri terbaik adalah "menjenamakan" diri terhadap Allah SWT terlebih dahulu sebelum dengan makhlukNya.

*Penjenamaan (branding) adalah memposisikan nilai sesuatu terhadap target minda yang ingin di beritahu tentang kebaikan, keindahan, ketulusan hati dan terutamanya kebolehselesaimasalahan dan kemampuan menggembirakan pemilik minda tersebut sehingga mereka ingin memilikinya. - tulus dari rosmizamzuri.com

Jenama Membelai Hingga Terkulai Layu!


Memang benar logo dan tagline sangat penting menggambarkan jenama produk/servis kita di mata orang ramai. Tahu kenapa bila sebut jenama orang mesti ingat LOGO dan SLOGANnya (tagline). Sebenarnya logo dan slogan sangat penting sebagai impresi pertama(first impression) kepada orang ramai. Benda yang manusia mudah ingat adalah gambar dan perkataan yang memukau (kata sifu copywriting saya Tuan Aqiff Azizan).

Sebab itu  logo dan tagline kena simple, clean (bersih atau tak serabut) dan mudah ingat. Bila mudah ingat, ianya mudah untuk masuk ke dalam minda separa sedar kita (sub-concious mind) dan akan membuatkan keputusan memiliki tanpa fikir panjang. Inilah di katakan "Jenama Pasak Otak" atau jenama yang terpasak kukuh dalam minda/fikiran orang ramai. Contohnya ingat ubat gigi, ingat colgate. Sebenarnya banyak perkara yang perlu di lakukan untuk capai tahap begini. Tahap fikir sekejap sahaja untuk pilih jenama.

Perkara lebih penting dari logo dan slogan adalai NILAI EMOSI yang orang akan ingat hingga mereka jadikan jenama kita sebahagian dalam hidup mereka. Hingga komuniti jadikan jenama sebagai panggilan kepada barang keperluan (contoh sekali lagi orang panggil Colgate untuk ubat gigi. Juga panggil Pampers untuk lampin pakai buang).

Perkara yang lebih penting dari LOGO, SLOGAN dan NILAI EMOSI yang akan membuatkan jenama kita bertahan lama dalam hidup orang ramai adalah bagaimana kita menJAGA HATI penggemar jenama kita, Macammana nak jaga? Mudah sahaja, belailah emosi mereka dengan menyelesaikan masalah mereka dan menggembirakan mereka dengan jenama produk/servis kita di samping berINOVASI dengan kreatifnya mengikut peredaran masa.


Segalanya adalah syok sendiri-sendiri dan SIA-SIA bila logo, slogan dan nilai tambah dan mengancam tapi tidak membuat PEMASARAN/MARKETING yang "kaw-kaw". Ibarat anak dara yang sepatutnya perlu dan layak berkahwin, cantik dan bersiap lawa-lawa tapi tak siapa tahu dan nampak sekalipun.



Jika orang dah suka jenama kita, gembirakanlah mereka dan belailah mereka hingga terkulai layu dengan jenama kita dengan kreatif. Belaian yang membantu tambah nilai bukan belaian lain ya ;)P

Selamat berjenama. Kita akan bercerita tentang jenama dan warna dalam post akan datang :)

rosmizamzuri.com