Brand yang bagus tidak menceritakan betapa bagusnya brand mereka. Mereka hanya bercerita apa yang pelanggan mahu dengar.
#Brandpose
Rosmi Zamzuri merupakan seorang Usahawan, Strategis Brand, Penulis, Trainer. Ulat Buku, Suami Romantik, Bapa Bervisi Jauh kepada 3 Orang Cahayamata
Brand yang bagus tidak menceritakan betapa bagusnya brand mereka. Mereka hanya bercerita apa yang pelanggan mahu dengar.
#Brandpose
Usah dipandang rendah kepada PELANGGAN yang kurang membaca. Mereka mungkin suka terima maklumat cara berkesan yang lain.
Ada 4 jenis stail pelanggan. terima maklumat berkesan cara:
1. Visual ---> belajar melalui grafik, ilustrasi, gambar dan demonstrasi
+ kongsikan gambar, video
+ buat demonstrasi langsung atau melalui video.
2. Auditori ---> belajar melalui mendengar syarahan dan perbincangan.
+ kongsikan juga video bersuara jelas atau rakaman suara
+ buat seminar
3. Baca & Tulis ---> belajar melalui membaca dan menulis.
+ kongsikan dalam tulisan buku atau ebook
+ kongsikan dalam media sosial
+ kongsikan dalam blog
4. Kinestatik ---> belajar melalui aktiviti fizikal seperti tugasan, permainan dan perperiksaan.
+ aktifkan mereka dengan permainan atau pertandingan.
+ buat aktiviti yang mereka suka sertai.
Pelbagaikan aktiviti pemasaran dan perkongsian. Usah hadkannya.
.
Namun, membaca itu asas penting untuk mula menjamah ilmu. Ilmu jadi mahal jika di amalkan. Jadi premium jika dikongsi-sebarkan.
#Pelanggan