Tuesday 4 June 2013

Jenama Tujuh Keturunan.

“Jenama Pasak Minda”-Misi memposisi jenama ke dalam minda separa sedar bakal penggemar jenama atau pelanggan.

Dalam memasakkan jenama (brand) ke dalam minda separa sedar bakal pelanggan melalui pengiklanan impresi pertama (first impression), lazimnya logo, slogan dan warna tema jenama yang saya ringkaskan kepada “3 alatan”, akan di tangkap masuk dan di posisikan  terlebih dahulu  ke dalam minda sedar oleh bakal penggemar jenama sebelum memasuki fasa minda separa sedar mereka.



Kenapa perlu ada “3 alatan” terlebih dahulu? Adalah mustahil pemilik atau pemasar jenama boleh tahu sasaran bakal penggemar jenama mereka dengan hanya menggunakan salah satu daripada alat samada logo (visual) sahaja atau slogan (perkataan) sahaja atau warna tema sahaja (hampir semua orang suka yang ini). Jadi, untuk menangkap minda sedar bakal penggemar jenama mereka dengan berkesan, pemilik jenama wajib terus menggunakan “3 alatan” dalam mengiklankan jenama mereka sebelum memasakkan jenama di dalam minda separa sedar sasaran mereka.
Ini kerana manusia terdiri dari tiga jenis yang utama iaitu :
1. Gemar gambar tak suka perkataan.
2. Gemar perkataan tak suka gambar.
3. Gemar kedua-dua perkataan dan gambar.
(Kebanyakan manusia mudah menerima dan menggemari alat ketiga iaitu warna tema kerana ia telahpun menjadi sebahagian daripada hidup kita)


Sekali lagi, untuk menguasai berbagai jenis atau menjangkau setiap ceruk mana pun bakal penggemar jenama pada pandangan pertama, pemilik jenama  wajib terus menggunakan 3 alatan tersebut.

Jika ada yang tidak suka ketiga-tiganya, dia adalah orang jenis yang keempat iaitu yang gemar 3 alatan dalam audio-visual-pergerakan. Maka pemilik jenama wajib memasukkan 3 alatan tersebut di dalam samada radio sahaja (perkataan) atau video sahaja (bunyi atau muzik, logo, perkataan dan pergerakan) untuk memberi impak maksima mencapai misi fasa pertama memasakkan jenama mereka di dalam minda sedar sasaran. Video adalah senjata paling menyeluruh menggabungkan seluruh peralatan dalam satu media.


Langkah  dan fasa seterusnya menggunakan 3 alatan dan selepas memasukkannya dalam audio-visual-pergerakan dalam pengiklanan yang di gunakan berulang-kali. Di tambah dengan foto dan perkataan tajuk, sub-tajuk yang persuasif, sentap dan memukau dengan Call-to-Action  yang betul. Ini akan “menyentuh” dan “menampar” minda separa sedar bakal penggemar jenama lalu mereka akan terbelai hingga terkulai layu dan terarah menukar tindakan mereka terus menjadi penggemar tegar jenama kita buat kali pertama.


Jika jenama anda benar-benar menyelesaikan atau memudahkan masalah mereka buat kali pertama dan mereka sentiasa gembira dengan jenama untuk kali yang seterusnya dek sentuhan semulajadi yang konsisten dengan kerap, maka bersedialah menerima mereka sebagai sebahagian daripada hidup jenama anda selama 7 keturunan!


"Positioning" dalam Penjenamaan.
Selepas menyedari pentingnya penjenamaan, ramai usahawan berusaha jenamakan produk/servis masing-masing tapi blur-blur buat logo cantik-cantik dan tagline yang menyentap tapi tak nak ambil tahu bahawa penjenamaan bukan setakat pada logo dan tagline.

Ada satu ayat magik yang penting dalam branding atau penjenamaan iaitu POSITIONING atau melayunya memposisikan. Nak posisi apa? Nak posisi di mana? Ini yang ramai usahawan tak perasan. Baca betul-betul mesej saya seterusnya ini yang bakal ubah persepsi anda terhadap penjenamaan kalau nak guna strategi branding dan pastikan bisnes anda tak lingkup sebab salah faham. Ada yang tak guna strategi ini pun buat berkoyan-koyan duit. Itu lain cerita. Ini cerita siapa yang nak guna strategi branding ya :)

Saya akan terangkan kenapa wujudnya " Positioning" kemudian. Paling penting sekali yang saya nak beritahu dahulu apa itu Brand Positioning atau Memposisikan Jenama?

Positioning bermula dengan produk. Produk yang saya maksudkan adalah "seketul" barang ataupun servis. Positioning bukan apa yang kita lakukan pada produk tapi pada MINDA bakal penggemar jenama atau pelanggan kita. Positioning adalah apa yang kita nak pacakkan dalam kepala hotak bakal penggemar jenama.

Secara mudahnya BRAND POSITIONING ADALAH APA YANG KITA POSISIKAN PRODUK KITA DALAM MINDA BAKAL PENGGEMAR JENAMA KITA kita sebelum kita menyelesaikan masalah atau menambah nilai mereka.

Contoh :
Bihun Sufi (Yang pernah saya makan kerana positioningnya)
(Milik Tuan Shawal Ceo Sufi Brand syarikat ELHAM-Q (MALAYSIA) SDN BHD) ):

-Positioning secara umum jenama dalam minda pelanggan : Bihun keluaran muslim pertama di Asia.
-Positioning secara spesifik : Bihun yang lembut dalam air sejuk dalam 10-15 minit sahaja dan tahan lama selepas masak atau tak cepat basi.



Kesan positioning dan results:

Selepas saya mencuba apa yang telah di posisikan oleh jenama Sufi memang benar dan point ini membuatkan saya terus menggemari jenama Sufi. Nah gajah(target market) dah suka. Bila gajah dah suka dia akan cuba "buat" sarang atau "port" pada jenama Sufi. Ingat Bihun ingat Bihun Sufi. Bila Tuan Shawal lancarkan produk lain jenama Sufi di bawah jenama Sufimart,  secara automatik ingatan terus kembali kepada apa yang di posisikan pada Bihun Sufi sebelum ini. Jualan Bihun Sufi tahun lepas capai RM5.3 juta kesan dari positioning awal produk ini. Syukur Alhamdulillah..

Selepas kerja-kerja positioning selesai, ada satu lagi kerja yang perlu dilakukan iaitu mendengar bisik hati pelanggan yang telah mendapat dan menggunakan produk atau servis kita. Bisik hati inilah yang menjadi titik tolak berapa lama jenama kita bertahan setelah di posisikan. Mendengarnya tidak cukup. Dengar, berinovasi dan tambah baik nilai jenama kita dari masa ke masa. InsyaAllah ia bakal bertahan selama lebih tujuh keturunan.

*Jenama7Keturunan merupakan simbolik kepada jenama yang menambah nilai manusia, memanfaatkan makhluk hidup yang lain dan bumi ini hingga berkurun lamanya demi mendapat redha Allah yang abadi.


#SaudagarMaruku

2 comments:

  1. Tq atas perkongsian ini. Saya baru berjinak dalam biz shawl. Masih terkial2 dalam phase startup. Dan perlu menggali ilmu dan mencari mentor dalam bidang ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Mulakan apa yang ada dahulu. Lajukan aliran sungai wang dalam bisnes dan laburkan dalam pemasaran. Usah belanja besar dalam iklan. Berbelanjalah mendapat pelanggan terlebih dahulu.

      Delete